Thursday 26 September 2013

Angin Pasang / Hernia Bayi

Angin pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat. Apabila bayi ini membesar ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali.

Adalah disyorkan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik. 


Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut. Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia. 

Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah. 



Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna. 

Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan. . 


Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia. 

Bagi ibu bapa yang mengalami masalah ini, bolehlah mencuba Petua menghilangkan angin pasang ini.

No comments:

Post a Comment