Thursday 26 September 2013

Petua Menghilangkan Angin Pasang


Adapun secara ringkasnya, permasalahan hernia atau angin pasang atau pasang surut antara yang lazim berlaku pada bayi lelaki, Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun...paling minimum dan jarang berlaku pada bayi perempuan. Untuk permasalahan ini,

[//] ibu digalakkan memakan kurma, madu dan Habbatus Sawda' setiap pagi sebelum sarapan, sebelum makan tengahari, dan sebelum tidur malam, sukatannya :
1-3 sudu madu (dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)
1-5 biji kurma (dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)
1-3 cubit Habbatus Sawda (biji), 1-3 sudu (pati/minyak). (dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)

[//] Aturan pemakanan ini diamalkan sepanjang tempoh menyusu, elakkan pemakanan yang sejuk, contoh nasi dingin dan sebagainya.

[//] ika bayi diberi minum susu formula, pastikan semasa kocakan susu, tidak terlalu kuat, sehingga menghasilkan buih dipermukaan susu kerana ini akan mendatangkan gas beserta susu dan memberi risiko kembung perut yang berlarutan menjadi hernia kepada bayi tersebut.

Perlu diingatkan, kembung perut tidak semestinya hernia, tetapi hernia lazimnya akan disertai dengan kembung perut.

[//] Lakukan urutan 2 jari pada bayi setiap kali selepas mandi terutamanya (jika boleh setiap kali melakukan penukaran lampin), diurut lembut dengan ibujari atau duajari dari ari-ari ke atas sebelum pusat(pastikan jangan melebihi pusat), sampai di pusat lakukan urutan pusingan lawan jam dari pangkal ulu hati ke sekeliling perut, sebaiknya juga dilakukan pada malam hari sebelum tidur.

[//] Pastikan jika menggunakan minyak berangin, perut jangan didedahkan dalam jangka masa yang lama tanpa dibengkung, kerana akan membawa kepada risiko kembung + hernia.

[//] Minyak untuk masalah hernia anak-anak, boleh dibuat sendiri, sediakan minyak zaitun atau minyak kelapa (tanak) kemudian dicampurkan dengan minyak H/sawda' dan sedikit bunga cengkih (yang telah diserbukkan), dikacau atau gaul hingga sebati, biarkan selama satu malam, keesokkannya sudah boleh digunakan untuk urutan, selain dari itu disapukan ke testis bayi tersebut (arah dari pangkal testis ke pangkal zakar).

[//] Antara doa khusus yang boleh diamalkan semasa melakukan pengurutan adalah Ya Lathif, dizikirkan berulang kali semasa urutan dilakukan.

Pada minyak tersebut boleh dibacakan dengan Istighfar 21x, BasmALLAH 21x, Al Fatihah sebanyak 21x, Al Ikhlas 11x dan Selawat 21x, kemudian mohon hajat ke hadrat ALLAH Azza Wajalla. Semoga ALLAH memberi kesembuhan atas usaha dan ikhtiar ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa petua lain dalam mengatasi masalah ini.
  • Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bhg bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam(boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini utk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang. 
  • Bagi bayi lelaki, sebaik2nya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Vicks dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang. 
  • Gunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ). 
  • Gunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain .Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti ikatan sup bunjut adabi). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi. 
  • Tuam guna lada hitam../ biji sawi yg goreng dlm kuali tanpa myk. Lepas tu bungkus dgn kain baru tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ini dilakukan setiap hari lepas mandikan dia waktu pagi/ ptg... 
  • Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dlm periuk.. jangan panaskan lama2, nanti terlalu panas lak.. dlm 1-2 minit jerk. Pastu, masukkan dlm kain, buat macam bunjut dan ikat terus tuam perut baby ngan telur dia sekali secara menaik maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tuh... 
  • Celupkan daun sirih dalam air suam pastu selawat n tekap2 kat area 'anu' die..pastu urut secara menurun dari pinggang( buat dlm keadaan kedua2 belah tgn terbuka)ke tepi kelengkag baby..guna minyak bayi supaya bayi selesa.."

No comments:

Post a Comment