Friday, 27 December 2013

BERSALIN DI DALAM AIR LEBIH SEMULA JADI



Proses kelahiran di dalam air kedengaran cukup asing suatu ketika dahulu.

Ramai yang tidak tahu bagaimana caranya mahupun mengetahui keberkesanannya.

Namun melalui dunia inovasi dan teknologi, masyarakat mula membuka mata dan mencari informasi terkini tentang kaedah ini.

Sehinggalah lima tahun kebelakangan ini, perhatian pasangan ibu bapa yang menanti ketibaan cahaya mata mula terbuka dan memilih cara ini.

===
Kriteria Bakal Ibu dan Janin
===

Sebelum melalui proses bersalin dalam air, ada beberapa kriteria penting untuk bakal ibu dan janin tersebut.

• Ibu hamil perlulah mempunyai kehamilan yang rendah risiko dan berat badan normal bagi ibu mengandung.
• Ibu hamil juga perlulah tidak mempunyai sejarah pembedahan Caesarean. Mestilah mengandung tunggal, bukannya kembar dua atau lebih.
• Perlu melepasi tempoh kehamilan 37 minggu (bukan kelahiran pramasa).
• Janin mempunyai kadar degupan jantung yang normal dan menyakinkan.
• Bakal ibu mengandung bayi yang mempunyai cecair amnion yang bersih (tiada mekonium).
• Kedudukan kepala bayi perlulah ke bawah (tidak songsang).
• Mempunyai plasenta yang normal.
• Janin mempunyai saiz dan berat yang normal (bukannya rendah dan berat badan yang berlebihan kerana ia boleh mencetuskan kelahiran yang sukar).
• Bakal ibu tidak memiliki risiko dan komplikasi pada kelahiran yang lalu.

Sumber: Health East Care System

Kredit Majalah Ibu&Anak

No comments:

Post a Comment