Showing posts with label Tips Si Comel. Show all posts
Showing posts with label Tips Si Comel. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

Set Asma Bagi Kanak-Kanak




Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Wednesday, 31 December 2014

TIPS PENYUSUAN KETIKA BERPANTANG

Selepas melahirkan bayi, ibu seharusnya memulakan penyusuan seawal mungkin. Jom kita berkongsi 7 tips penyusuan ketika berpantang:-

TIPS PENYUSUAN KETIKA BERPANTANG
1) Susu yang sedikit terhasil pada awal tempoh berpantang adalah mencukupi untuk bayi yang baru lahir kerana saiz perut bayi yang baru lahir hanya sebesar guli. Maka ibu berpantang jangan panik kerana susu sedikit ya! Pasti mencukupi untuk bayi anda!

Sunday, 29 December 2013

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda



Setelah bayi anda dilahirkan, doktor anda akan menyepit dan memotong tali pusat bayi anda. Bayi anda tidak akan terasa sakit apabila ini dilakukan. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm. Baca seterusnya tentang bagaimana menjaga baki atau tunggul tali pusat dengan bersih dan bebas dari infeksi.

Monday, 23 December 2013

Bantu Bayi Tidur Nyenyak

BAYI yang kerap menangis, terbangun waktu malam atau meragam ketika tidur, sudah tentu akan meresahkan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang berkerjaya, tentu memberi lebih kesan kerana waktu tidur mereka juga akan terganggu menyebabkan badan tidak bermaya untuk meneruskan tugas harian keesokan harinya.

Namun, kesan lebih membimbangkan ialah kesihatan bayi kerana tidur yang cukup amat penting untuk tumbesaran. Bayi yang baru lahir khususnya, pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bagaimanapun, setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya empat hingga lima jam bergantung kepada daya tahan lapar. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir.

Wednesday, 23 October 2013

Tips Untuk Tidurkan Bayi Dengan Betul


Beberapa tip yang boleh anda cuba untuk menidurkan bayi. Mungkin selepas ini bayi anda tidak perlukan buaian lagi

* Riba bayi
Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

Saturday, 5 October 2013

Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods



Tahukah anda mengenai kelas Shichida…, iaitu kelas yang diuruskan oleh orang-orang Jepun untuk melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ini lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi haruslah berlatih menggunanya.

Anda boleh berlatih menggunakan kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda. InsyaAllah, dengan usaha yang gigih, keberkesanannya dapat dilihat setelah seminggu.

Tuesday, 1 October 2013

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan



1 Bulan
Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 Bulan
Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput

3 Bulan
Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Sunday, 29 September 2013

OTAK BAYI : FAKTA FAKTA MENAKJUBKAN YANG KITA TIDAK KETAHUI



Sebagai ibu atau bapa, anda perlu menjaga perkembangan bayi anda dari awal kelahiran hinggalah meningkat dewasa. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah perkembangan otak bayi anda. Sejauh mana anda mengenali apa sebenarnya yang terkandung dalam pemikiran mereka sewaktu awal kelahiran hinggalah meningkat dewasa. Jika anda masih lagi ragu ragu, JOM kita lihat beberapa fakta fakta yang menakjubkan menenai otak bayi.

Friday, 27 September 2013

Kulat Susu : Bahaya pada bayi???


Thrush / Kulat Susu

‘Thrush’ adalah jangkitan kulat pada mulut yang bayi dialami oleh ramai bayi kecil. Ianya kelihatan seperti lapisan putih. Ianya tidak sakit, tetapi boleh mengganggu bayi anda waktu ia menyusu atau makan. Tetapi jika anda mengalaminya, ia boleh terasa amat sakit.

Jika bayi anda mempunyai beberapa bintik-bintik putih, atau lapisan, diatas lidah, langit-langit mulut mereka, dan di bahagian dalam pipi mereka, kemungkinan ianya adalah ‘thrush’. Ianya adalah jangkitan kulat yang sering muncul pada bayi. Ianya tidak sakit, tetapi pada kes yang teruk, ia boleh mengganggu bayi ketika mereka sedang menyusu atau makan.

Thursday, 26 September 2013

Petua Menghilangkan Angin Pasang


Adapun secara ringkasnya, permasalahan hernia atau angin pasang atau pasang surut antara yang lazim berlaku pada bayi lelaki, Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun...paling minimum dan jarang berlaku pada bayi perempuan. Untuk permasalahan ini,

Angin Pasang / Hernia Bayi

Angin pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat. Apabila bayi ini membesar ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali.

Adalah disyorkan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik. 

10 TIPS MERANGSANG OTAK BAYI/ KANAK-KANAK


Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. 


Tuesday, 24 September 2013

Tips Menghadapi Bayi Demam

Suhu badan bayi saya tinggi. Adakah saya perlu risau?
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda: