Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Asma Di Kalangan Kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Punca Berlakunya Asma:
# Alahan menghidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
# Udara sejuk
# Senaman
# Jangkitan sistem pernafasan
# Tekanan emosi
# Aspirin dan ubat seumpamanya
Langkah Mengelakkan Berlakunya Asma:
Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.
- Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
- Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
- Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
- Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.
Bagaimana Shaklee membantu kanak-kanak yang mengalami masalah asma ini? Omega Guard + Meal Shakes mampu membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidapi asma.
Testimoni Omega Guard + Meal Shakes membantu mengatasi masalah asma kanak-kanak
---------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk info lanjut & dapatkan konsultasi percuma selepas membuat pembelian dari saya. Jika ada masalah bajet saya ada penyelesaiannya!
PM fanpage Nas Shoppe
WASAP/SMS 017 2165484
Email: nurqida88@gmail.com
Lawati: http://www.nasshoppe.blogspot.com
Like fanpage saya : https://www.facebook.com/NasShoppeKK
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. *



No comments:
Post a Comment