Sunday, 29 September 2013

OTAK BAYI : FAKTA FAKTA MENAKJUBKAN YANG KITA TIDAK KETAHUI



Sebagai ibu atau bapa, anda perlu menjaga perkembangan bayi anda dari awal kelahiran hinggalah meningkat dewasa. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah perkembangan otak bayi anda. Sejauh mana anda mengenali apa sebenarnya yang terkandung dalam pemikiran mereka sewaktu awal kelahiran hinggalah meningkat dewasa. Jika anda masih lagi ragu ragu, JOM kita lihat beberapa fakta fakta yang menakjubkan menenai otak bayi.

Respon ibu bapa sangat penting untuk perkembangan otak bayi

Seorang pengkaji perkembangan bahasa di Cornell university menegaskan bahawa, otak bayi berkembang dengan melihat respon daripada ibu bapa mereka. Pada usia ini, usaha untuk mendisiplinkan dan memanjakan bayi anda tidak berguna kerana kawasan otak yang mereka yang ‘eksekutif’ (prefrontal cortex) tidak mempunyai kawalan. Pada masa ini mereka mula mempelajari mengenai maksud kelaparan, keseorangan, rasa tidak selesa dan kepenatan. Mereka juga mula merasa perasaan apabila kesakitan kesakitan itu dilegakan. Oleh itu ibu bapa boleh membantu otak bayi melalui proses ini dengan memberi respon kepada keperluannya serta merta.

Membuat muka dan berjenaka adalah penting utuk perkembangan otak bayi

Apabila bayi meniru raut wajah ibu bapanya, ia akan membantu mereka mengambangkan emosi mereka. Ini akan membantu otak bayi baru lahir untuk memahami asas komunikasi emosional. Sebab itu lah ramai ibu bapa yang membuat muka di hadapan bayi mereka. Baby Talk juga dapat membantu bayi dalam perkembangannya. Lenggok bahasa dan perkataan tersebut boleh memberi input kepada otak bayi tersebut untuk mengembangkan kemahiran bahasa mereka.

Otak bayi berkembang dengan cepat

Saiz otak bayi berkembang dengan sangat cepat. Pada usia satu tahun, saiz otak bayi ini adalah 60% daripada saiz otak orang dewasa. Semasa mereka berada di tadika , otak mereka telahpun berkembang sehingga saiz yang normal. Ia akan terus berkembang sehinggalah mereka mencecah umur dalam pertengahan 20 tahun. Eliot berkata kepada LiveScience, “otak manusia tidak pernah berhenti untuk berubah walaupun kepada perkara yang buruk”.

Persepsi bayi VS Persepsi Dewasa

Otak bayi tidak mempunya inhibitory transmitter . Dengan itu, para pengkaji telah menyatakan bahawa persepsi bayi adalah kurang logik terhadap dunia realiti. Mereka tidak begitu sedar dengan persekitaran mereka dan mereka tidak boleh membezakan kepentingan sesuatu. Apabila bayi membesar, otak mereka mengalami proses ‘pruning’ di mana jaringan neuro mereka berkembang melalui proses pengalaman. Ia membantu mereka untuk mengenali dunia sekeliling.

Proses pembelajaran melalui membebel.

Otak bayi tidak berupaya untuk fokus dengan lama. Jika mereka boleh memberi perhatian terhadap sesuatu, mereka akan membuat bunyi, seperti membebel – bunyi yang tidak difahami orang dewasa. Ini adalah petanda bahawa mereka sudah bersedia untuk belajar. Bercakaplah dengan bayi anda apabila bayi anda berhenti daripada membebel.

DVD dan CD tidak membantu dalam perkembangan otak bayi

Bayi memberi respon kepada perkara yang memberi respon kepada mereka. DVD dan CD tidak memberi apa apa respon kepada bayi jadi sebab itulah DVD dan CD tidak berguna kepada bayi. Jika anda ingin mengajar anak anda, bermainlah dengannya.

Otak bayi boleh menjadi penat

Jangan sangka bayi anda tidak penat. Otak bayi mempunyai keupayaan untuk fokus dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu, otak mereka akan kepenatan dalam jangka waktu yang singkat dan mereka perlu ditenangkan.Kadangkala, interaksi yang tepat membantu mereka untuk menenangkan diri mereka. Ini boleh dilakukan dengan memeluk, menggelapkan bilik dan membelai mereka. Apabila mereka boleh menenangkan diri, mereka akan dapat tidur dengan lena.

Adakah si manja saya pekak?

Bayi tidak mempunyai masalah untuk tidur dalam keadaan yang bising kerana otak bayi tidak sebagus orang dewasa yang dapat membezakan bunyi persekitaran. Untuk sebab yang sama, apabila muzik di pasang ketika bayi tidur, ini akan menyukarkan mereka untuk mebezakan suara suara lain di sekeliling mereka dan membolehkan mereka untuk tidur lena.

Anak anda sentiasa memerlukan papa dan mama mereka

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 1995 iaitu Journal Monographs of the Society for Research in Child Development otak kanak kanak berkembang dengan lebih elok apabila terdapat sekurang kurangnya tiga orang dewasa yang menyokong mereka. Sarah Handy, seorang pengkaji memberi teori bahawa, apabila bayi meluangkan masa dengan orang dewasa lain selain daripada ibu bapa mereka, seperti mak cik, pak cik , datuk atau nenek, mereka akan mempelajari mengenai raut wajah yang berlainan dan akan membantu mereka mempelajari perspektif orang lain. Kajian menunjukkan bahawa bayi menggunakan proses mental seperti orang dewasa untuk mengenali perasaan orang lain apabila berusia tujuh bulan.


Jadi anda haruslah sedar bahawa perkembangan otak anak anda alah penting bagi memastikan bahawa mereka membesar dengan sempurna. Untuk membantu mereka, sebagai ibu bapa, anda boleh memberikan mereka nutrien nutrien yang secukupnya bagi membantu perkembangan otak mereka seawal usia mereka di dalam kandungan lagi. Jadi, pada para ibu yang ingin memastikan anak mereka mempunyai proses perkembangan otak yang bagus boleh lah cuba set penyusuan bayigenius. jika anak anda sudah besar, boleh lah cuba memberikan Omega Guard yang kaya dengan DHA yang mampu merangsang otak anak anda menjadi lebih bijak atau genius.


Hubungi saya untuk info lanjut produk Shaklee & dapatkan konsultasi percuma selepas membuat pembelian dari saya. Jika ada masalah bajet saya ada penyelesaiannya!

PM fanpage Nas Shoppe
Call/SMS 014-5133567
Email: nurqida88@gmail.com
Lawati: http://www.nasshoppe.blogspot.com

Like fanpage saya : https://www.facebook.com/NasShoppeKK

No comments:

Post a Comment