Thursday, 26 September 2013

Fadhilat Mencium Isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa [1]”

[1] Sahih Muslim : 1860

Mungkin ada sebilangan pihak akan merasa ganjil berkenaan dengan cium Isteri ketika sedang berpuasa. Dari segi hukum, cium isteri dikala sedang berpuasa bukanlah larangan. Tetapi yang terlarang adalah, cium itu boleh membawa kepada bersetubuh.

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri.

Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Jadikanlah mencium isteri ini sebagai rutin harian kerana, disebalik tunjuk ajar nabi ini, pasti akan melahirkan sesuatu yang tidak terduga dalam melayari bahtera dalam usaha menuju ke Syurga Allah.

No comments:

Post a Comment