Wednesday, 25 December 2013

Smart Brain Set



Kesihatan dan kecerdasan anak-anak merupakan nikmat yang paling berharga untuk ibu bapa. Mencegah anak-anak dari jatuh sakit adalah jauh lebih bijak dan berbaloi berbanding merawat mereka setelah mereka sakit.

Petua Menghilangkan Jerawat



Ramai yang mengalami masalah jerawat atau pun kesan jerawat yang ada pada wajah. Entry kali ini akan berkongsi beberapa tips untuk menghilangkan jerawat dan kesan parut jerawat.

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.

2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Tuesday, 24 December 2013

Elakkan Sewaktu Hamil




Ketika hamil ada banyak perkara yang bakal mama perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang dikandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu.

Set D ( Skin Care ) Atasi Kulit Kusam Berparut



Mengimpikan kulit yang lebih sihat, tak kusam , tak pucat , tak berminyak ?? Parut-parut jerawat pun clear?? Tak perlu membeli tiap bulan…1 set boleh tahan berbulan-bulan…memang berbaloi, memang selamat & terbukti berkesan!!

Monday, 23 December 2013

Bantu Bayi Tidur Nyenyak

BAYI yang kerap menangis, terbangun waktu malam atau meragam ketika tidur, sudah tentu akan meresahkan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang berkerjaya, tentu memberi lebih kesan kerana waktu tidur mereka juga akan terganggu menyebabkan badan tidak bermaya untuk meneruskan tugas harian keesokan harinya.

Namun, kesan lebih membimbangkan ialah kesihatan bayi kerana tidur yang cukup amat penting untuk tumbesaran. Bayi yang baru lahir khususnya, pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bagaimanapun, setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya empat hingga lima jam bergantung kepada daya tahan lapar. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir.

Detox Dengan Herb-Lax



Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

Tuesday, 17 December 2013

Tips Kehamilan


Kehamilan adalah merupakan masa yang sangat-sangat dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Entry kali ini ingin berkongsi tentang tip-tip kehamilan. Semoga membantu ^_^